Penafian berita palsu tular 6.30 petang, 24 Okt – KKMM
KUALA LUMPUR, 24 Okt — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 6.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Selangor menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa Daerah Kajang termasuk Bandar Baru Bangi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 10.00 malam, 23 Okt 2020, susulan kawasan terbabit menjadi zon merah selain 16 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di sekitar daerah berkenaan.
Beliau menegaskan dakwaan tersebut adalah palsu dan menasihati orang ramai agar tidak menularkan apa-apa maklumat yang meragukan.
— BERNAMA
KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)
KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)