“SAYA INGAT OKAY TENGAH MALAM & TIADA ORANG” – JOEY BPR KENA KOMPAUN RM1,000, LANGGAR SOP

“Memang salah saya. Saya ingat okay sebab dah tengah malam dan tiada orang, jadi saya ambil ringan. Ia juga mengingatkan peniaga supaya patuh arahan tutup kedai jam 10 malam. Nyata kedai terbabit pun lalai menjalankan tanggungjawab SOP.

 

“Ia sekaligus menyebabkan orang macam saya kena saman,” ujar penyanyi Joey BPR, 55, yang dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malam tadi.

Joey atau nama sebenarnya, Johari Mat Rozekhi dikenakan kompaun itu kerana tidak memakai pelitup muka dan mencatat nama ketika memasuki sebuah kedai serbaneka di Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Difahamkan, kedai terbabit juga melanggar SOP PKPB apabila beroperasi selepas jam 10 malam. Joey yang juga penyanyi kumpulan rock BPR ketika dihubungi berkata, dia mengakui kesalahannya itu dan menjadikan ia satu pengajaran.

Menurutnya, jika ikutkan hati memang dia tidak puas hati, namun dia bersetuju itu tindakan terbaik diambil kerajaan: “Itulah cara paling baik menjaga negara kita yang sepatutnya dilakukan dari mula.

“Saya bersyukur didenda RM1,000 daripada dijangkiti Covid-19. Dalam masa sama membayangkan kematian serta kesakitan yang bakal dihadapi. Jangan main-main, rakyat kena sedar bahaya yang kita semua hadapi.

“Sebelum ini, saya menganggap mereka tidak serius menjalankan tugas, tapi Allah tunjuk depan mata. Pengalaman yang sangat berharga. Patuhilah SOP kerana ia mengenai nyawa dan diri anda sendiri,” katanya.

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker