JKDM tahan lelaki, rampas dadah dalam pen penanda

NILAI, 27 Okt  — Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang lelaki dan merampas dadah disyaki Methamphetamine seberat 1.6 kilogram bernilai RM64,560 yang disorokkan dalam pen penanda untuk dihantar ke luar negara, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Johari Alifiah berkata suspek yang merupakan warga asing berusia 35 tahun, ditahan pada pukul 3.30 petang, 23 Okt lepas ketika sedang berurusan di kaunter perkhidmatan sebuah kurier di Sentul, Kuala Lumpur.

Katanya, suspek telah mengikrar kandungan bungkusan berkenaan yang ingin dihantar ke sebuah negara di Asia Timur sebagai alat tulis.



“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kotak bungkusan itu menjumpai kristal jernih disyaki dadah Methamphetamine yang disorokkan di dalam pen marker (pen penada) dengan berat kasar 854 gram dan bernilai RM34,160,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Cawangan Narkotik, JKDM di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan itu, pihaknya turut menyerbu sebuah kediamannya di Kuala Lumpur dan menemui 760 gram dadah jenis sama bernilai RM30,400 yang turut disorokkan di dalam pen penanda pada pukul 6.30 petang, semalam.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula 24 Okt lepas bagi membantun siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a)  Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA



KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button