“Nasihat” Kepada YDP Agong- Adakah Jemaah Menteri Berani Bertanggungjawab?

Sebahagian besar Jemaah Menteri dan juga timbalan Menteri rasanya sudah faham  kedudukan mereka dalam perlembagaan Negara. Perlembagaan Malaysia yang mana  memperuntukkan restu Raja Berpelembagaan untuk sesuatu jawatan Menteri dan timbalan  Menteri atas nasihat Perdana Menteri

Dalam Bahagian IV, Bab 3 – Badan Eksekutif, Perlembagaan Persekutuan, di bawah tajuk; “Jemaah Menteri”
Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyebut;

  1. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu
  2. a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.
  3. b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara).

Cuba perhatikan dengan teliti perkara-perkara yang disebut di bawah judul “Jemaah Menteri” itu. Ia hanya secara spesifik menyebut tentang “Jemaah Menteri” atau “Menteri-Menteri” dan jawatan “Perdana Menteri” sahaja tanpa sekali pun menyebut dalam mana-mana bahagian tentang perlunya dibentuk satu kerusi atau jawatan untuk “Timbalan Perdana Menteri”.

Sebaik sahaja selesai memperincikan tentang anggota Jemaah Menteri dan jawatan Perdana Menteri, Perkara 43(a) Perlembagaan Persekutuan terus memperkatakan pula tentang jawatan Timbalan-Timbalan Menteri.



Di bawah tajuk “Timbalan-Timbalan Menteri” Perkara 43(a) menyebut;

1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara).

2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas-tugas dan fungsi-fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri.

Dalam isu ini, apabila seorang Perdana Menteri apabila nasihatnya sudah tidak diterima dengan alasan yang relevan dan nasihat tersebut lebih kepada memudaratkan rakyat  dan mempunyai agenda disebaliknya sudah pasti ada tindakan menjaga maruah harus diterima dan dihadapi oleh mereka yang dilantik oleh Agong.



Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri seharusnya memikul tanggungjawab ini secara bertanggungjawab. Tanggungjawab dengan tindakan seharusnya dilakukan tanpa sebarang alasan.

Rakyat terkasima apabila Majlis Raja-Raja bersidang dan memutuskan penolakan nasihat seorang Perdana Menteri untuk mengusulkan untuk melaksanakan darurat. Kebijaksanaan dan  kewibawaan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja menolak dengan berpaksakan kepentingan rakyat di Malaysia,

Dalam hal ini, jika kita fikirkan sedalam-dalamnya seharusnya seorang Perdana Menteri mengkaji impak dari “nasihat” yang diusulkan ini seteliti yang boleh. Bukan sekadar mendengar kata kata lunak dari “penasihat” beliau sahaja.

Natijahnya, Yang Dipertuan Agong telah membuat keputusan dan menolak “nasihat” yang hanya berkepentingan dari sudut politik semata mata. Apakah diwaktu ini Perdana Menteri dan Menteri-menterinya tidak berasa malu pada diri mereka sendiri?

Berapa ramai Menteri-Menteri yang berani memikul tanggungjawab ini? Adakah mereka masih lagi mahu berkokok seperti ayam jantan disampai pengampu pengampu mereka yang sentiasa akan melanggar apa juga halangan kepada mereka.

Majlis Raja-Raja serta Yang Dipertuan Agong sentiasa peka dengan permasalahan rakyat dibawah naungannya. Cadangan darurat yang dibuat oleh seorang Perdana Menteri tiada asas yang kukuh untuk diterima.

Asas yang hambar dan longgar itu telah memalukan seorang Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya sekali gus telah Berjaya meletakkan kedudukan Raja Raja Melayu terpelihara dan berdaulkat dimata rakyat.

Natijah dari penolakan tersebut sekali gus telah meletakkan Muhyiddin sebagai seorang yang hilang kepercayaan dan keyakinan dalam memberikan nasihat kepada Yang Dipertuan Agong dan selepas ini apakah Muhyiddin masih berani bersemuka dengan Agong untuk memberikan nasihat jika ianya berkaitan dengan kepentingan Negara sekali pun.

Rakyat peka dan melihat serta mengikuti perkembangan ini, tindakan Muhyiddin menjadikan “nasihat”nya dilihat cuba untuk berlindung dari tekanan politik semasa yang tidak memihak kepadanya.

Rakyat juga melihat bahawa tindakan yang dilakukan  oleh Muhyiddin ini adalah sebagai cubaan untuk mengaitkan Institusi Raja Berpelembagaan sebagai pelindung dari ancaman politik ternyata sudah tidak Berjaya.

Justeru itu, langkah terbaik yang seharusnya diambil oleh Muhyiddin dan semua menteri yang bersetuju dalam cadangan untuk melaksanakan darurat ini mesti mengambil tanggungjawan dengan segera meletakkan jawatan demi maruah dan harga diri serta berasa malu dengan Yang Dipertuan Agong.

Jika Muhyidin dan Jemaah Menterinya sebahagian pemimpin yang bermaruah, tindakan meletakkan jawatan seharusnya dilaksanakan dengan segera sebelum diaibkan lagi dalam Dewan Rakyat (jika berlaku), Jika ini berlaku maka tamatlah sudah maruah seorang Perdana Menteri yang sombong dan tidak bertanggungjawab atas tindakannya.

KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker