SUDAH HADIRI KURSUS KAHWIN – NONNY SAHKAN PERKAHWINAN DENGAN NIEZAM ZAIDI DIBATALKAN
“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan. Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.
“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang,” demikianlah kata pelakon Nonny Nadirah, 31, yang mengesahkan hubungan percintaan dengan pelakon Niezam Zaidi sudah terlerai.
Menurut Nonny yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5), dia dan Niezam sepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan dalam masa terdekat.
Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada awal pagi tadi. Tambah pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin, buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Klik untuk gambar besar
“Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia ini menitipkan ucapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran Niezam yang ke-28 hari ini.
“Selamat hari lahir sahabat. semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.
“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! Amin,” tulis Nonny.
Terdahulu, Nonny mengakui tidak menolak jika Niezam jodohnya dan mereka dilihat sudah selesai menjalani kursus kahwin bersama-sama.
Untuk makluman, Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan hanya bertahan setahun dan bercerai pada tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nonny Nadirah
KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?
KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?