BABAK UQASHA BERSALIN PAKAI SELUAR JADI KECOH – INI KATA MICHAEL ANG, KAMAL ADLI

Hangat diperkatakan di laman Twitter mengenai satu babak dalam drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ memaparkan pelakon Uqasha Senrose memakai seluar ketika bersalin mendapat kritikan netizen sejak semalam.

 

Rata-rata netizen menyifatkan adegan Uqasha yang memegang watak sebagai Lily memakai seluar ketika bersalin itu sebagai tidak logik. Warga twitter mula meninggalkan pelbagai komen termasuk mengkritik pihak produksi drama yang kononnya tidak peka dengan situasi sebenar ketika bersalin.

Bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan gambar itu bukan babak sebenar dalam drama. Jelasnya lagi, gambar itu diambil sekitar penggambaran dan diambil di luar kamera. Katanya lagi, dia mahu menjaga aurat dan tidak sewenang-wenangnya meminta Uqasha membuka seluar di hadapan pelakon lain dan kru.

“Gambar yang tular itu bukanlah dalam footage pun dan ia gambar di luar kamera. Sekadar gambar sekitar penggambaran. Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat.

Klik untuk gambar besar

“Takkan nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan orang dan sebab itu letakkan kain. Nanti ada babak Uyaina buka seluar dan bila tengok babak itu, penonton akan faham apa yang ingin disampaikan,” katanya.

Tidak terkesan dengan kritikan netizen, Michael menganggap foto tular itu sekadar jenaka dan mengambil segala kritikan netizen secara positif. Malah, dia juga merasakan kelakar apabila gambar itu tular.

“Saya tak kisah dengan kecaman atau kritikan netizen. Saya anggap ia sekadar lawak dan sebenarnya kelakar juga bila dapat tahu ada orang muat naik foto itu dan menjadi tular,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon utama drama tersebut iaitu Kamal Adli menerusi laman sosial Twitternya telah menjawab ciapan seorang warganet yang berkongsi beberapa keping foto babak dalam drama bersiri tersebut.

Kenyataan Kamal yang memegang watak sebagai Rizal dalam drama tersebut sekaligus menjawab segala persoalan warga twitter dan menutup semua spekulasi.

“Ni tengah behind the camera and scene..Tunggu siap Ok…Behind the scene memang kita tutup aib dan banyak kamera dari semua arah. Muka berdarah semua tu korang tunggu scene siap Ok?” tulis sambil menulis ‘Hugging Face’ di hujung kenyataan.

Apa pun ada benarnya kenyataan Michael dan Kamal itu, bayangkan jika Uqasha tidak memakai seluar ketika angle tertentu dirakam sudah tentu banyak bahagian yang tidak sepatutnya terdedah.

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker