KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN
PEMBENTANGAN SEMBERONO AZMIN SEMASA MASIH DALAM PAKATAN HARAPAN
Umum mengetahui selepas kemenangan Pakatan Harapan di PRU14, antara sasaran untuk mencari populariti ialah mendedahkan keburukan kerajaan sebelumnya. FELDA antara yang disasarkan kerana bilangan kerusi Parlimen dalam FELDA itu sendiri cukup banyak untuk dipengaruhi.
Bagaimanapun dengan pelbagai revolusi yang cuba diimplementasikan ke FELDA, PH sebenarnya banyak membawa kerosakan terhadap peneroka Felda. Dengan reputasi buruk hubungan antarabangsa yang menyebabkan pengimport hasil sawit menghentikan import mereka mempengaruhi harga pasaran serta pendapatan peneroka. Ini menyebabkan peneroka mengeluh kerana pendapatan dari ladang menyusut dengan ketara hingga ada yang hanya mendapat RM30 sebulan hasil ladang sawit mereka selepas ditolak kos.
Campurtangan politik PH dalam pengurusan Felda turut sama menjejaskan prestasi Felda. Pembentangan KERTAS PUTIH FELDA (Forensik) oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali terlalu banyak kepincangan dan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
Apa sebenarnya yang dibentangkan Azmin? Adakah beliau sekadar membentangkannya kerana portfolio jawatannya ketika itu atau bermotifkan politik dendam? Selepas Tan Sri Shahrir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda, penggantinya tidak bertahan lama di kerusi Pengerusi. Dalam tempoh 22 bulan pentadbiran PH, Felda mendapat 2 orang Pengerusi Felda.
Andaian Pengerusi Felda hanyalah sebagai lambang atau diletakkan sebagai ‘Boneka’ kepada PH berlegar dan Azmin selaku Menteri ketika itu tidak mempunyai perancangan mantap untuk Felda dan peneroka itu sendiri. ‘Politiking’ dalam PH diterjemahkan dengan lantikan-lantikan jawatan penting oleh Pengarah Besar Felda ketika itu. Semua pihak tahu Pengarah Besar Felda yang dilantik Azmin mempunyai hubungan baik dengannya kerana berpengalaman di PKNS sebelum ini.Tidak mustahil hubungan baik ini mampu menjadi sebahagian pengaruh untuk Felda berada di bawah telunjuk Azmin.
Berbalik kepada KERTAS PUTIH FELDA (Forensik) yang diedarkan kepada ahli parlimen. Beberapa kemusykilan ditemui dan perbandingan ketara antara fakta sebenar dijumpai selepas kajian dilakukan dengan lebih teliti. Sebagai rekod KERTAS PUTIH FELDA dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 10 April 2019 (ISBN : 978-967-5842-14-6) dan dikemukakan dalam Dewan Rakyat/Negara.
Bagaimana seorang bekas Menteri Besar yang pernah menyebabkan sebuah kerajaan membayar ratusan juta ringgit diberikan kepercayaan untuk mengendalikan pembentangan KERTAS PUTIH FELDA? Jika diteliti kelayakan, Azmin bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti dan akauntibiliti untuk mengendalikan serta mengurus hal Felda kerana beliau sendiri GAGAL dalam menguruskan kewangan negeri ketika menjadi Menteri Besar. Kerajaan sekarang patut mengkaji semula pembentangan KERTAS PUTIH FELDA ini dan mendapatkan lebih banyak penjelasan serta fakta sebenar, bukannya sekadar membuat KERTAS PUTIH FELDA ini sebagai rujukan utama.Â
KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?
KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?