PRODUK KURUSKAN BADAN – AISHAH MINTA PENIAGA HENTI GUNA FOTONYA UNTUK LARISKAN

“Mohon jangan gunakan gambar weightloss journey saya untuk mempromosikan program you ya. This is misleading, seolah-olah saya turun berat badan kerana mengikuti program you.

“Sedangkan yang mengikuti saya sahaja yang tahu mengenai perjalanan saya menurunkan berat badan dan ianya bermula dgn Bariatric Surgery. Shame on you for manipulating my weight loss journey by implying that I had a weightloss coach such as yourself.

“Please ya saya bagi awak 24 jam untuk padam entri tersebut,” tutur penyanyi popular era 90-an, Aishah yang meminta individu menggunakan fotonya di media sosial untuk mempromosikan program menurunkan berat badan supaya memadamkannya segera.

Menurut Aishah cara individu tersebut seolah-olah mahu mengelirukan pelanggannya dengan memberitahu dia telah menurunkan berat badan selepas mengikuti program individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Aishah yang juga juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu berkongsi perkara tersebut dalam kemas kini di Instagram miliknya. Pun begitu, tidak lama selepas itu entri tersebut sudah pun dipadam oleh individu tersebut.

Dalam entri yang seterusnya, Aishah turut menjelaskan pendiriannya yang tidak mahu fotonya disalah gunakan pihak lain untuk meraih keuntungan.

“Mesti ada juga orang yang rasa saya ni fussy sangat bila orang guna gambar saya kan? Here is the thing,kalau awak buat business, awak kenalah ada etika kerja.

“Artis ni kadang-kadang bukan saja dia niaga dan jual produk,malahan diri dia sendiri adalah produk. Ini yang kena faham. Jadi apa yg berlaku bila seorang weight loss coach letak gambar before and after I yang diambil dari Instagram saya, saya rasa tidak patut.

“Yelah pujilah macam mana pun tetapi pada akhir posting menceritakan tentang weight loss journey saya, dia letak nombor telefonnya menunjukkan dia sebagai weight loss coach.

“Seolah-olah saya ni testimoni dia. Senang cerita,orang yang boleh repost testimoni weight loss saya hanyalah @dr.mustafamt. Kasihan orang yang baca status yang tak tahu yang saya dah jalani surgery tersebut enroll lah dengan coaching dia pastu tak menjadi, kemudia jika tidak menjadi bagaimana?

“Bimbang tiba-tiba saya pula yang disalahkan sebab itu saya sangat ‘particular’ mengenai benda-benda macam ni,” kata Aishah yang kini semakin langsing selepas menjalani pembedahan bariatric dan menjalani diet serta amalan pemakanan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *