Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah ditubuh

JOHOR BAHRU: Johor merupakan negeri pertama menubuhkan Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berperanan menangkis fahaman sesat memesongkan akidah umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, briged itu akan diwujudkan tahun depan dengan penyertaannya dalam kalangan belia yang berusia 18 hingga 35 tahun.

“Ini merupakan senjata baharu Johor dan benteng mempertahankan akidah ahli sunnah daripada anasir bertentangan ajaran Islam khususnya fahaman Hizbut Tahrir,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1442H/2020M peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker