Enam individu ditahan tipu pembelian sarung tangan bernilai RM1.28 juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt  — Empat individu termasuk dua wanita warga tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes penipuan pembelian sarung tangan getah yang dianggarkan bernilai RM1.28 juta di perkarangan sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kesemua suspek berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada kira-kira 10.30 malam.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang juga pengarah syarikat yang membeli bekalan sarung tangan itu.

“Pada 8 Sept lalu, mangsa telah bersetuju membeli ‘nitrile glove’ (sarung tangan getah) dengan harga RM1.28 juta untuk 39,000 kotak dan mangsa yang diwakili ejennya telah melihat stok sarung tangan itu serta berjumpa pemilik syarikat merupakan seorang wanita (suspek) untuk pengesahan.



“Setelah pengesahan dibuat, mangsa telah membuat dua kali pembayaran ke akaun syarikat milik suspek dan suspek berkata stok akan dihantar keesokannya namun stok tidak sampai malah suspek memberikan alasan stok berkenaan telah dijual kepada syarikat lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek kemudiannya berjanji untuk memulangkan semula wang pengadu sebelum 13 Okt lalu melalui surat perjanjian dan suspek telah memberikan gambar sebagai bukti transaksi pembayaran balik yang palsu kepada mangsa sedangkan mangsa langsung tidak menerima wang tersebut.

“Kemudian suspek menyerahkan cek kepada mangsa pada 13 Okt lalu bagi meyakinkan mangsa bahawa suspek telah membuat bayaran.

“Walau bagaimanapun, cek berkenaan adalah palsu dan mangsa terus membuat laporan polis setelah berasa dirinya ditipu,” katanya.



Nik Ezanee berkata semakan rekod terhadap suspek yang ditahan mendapati seorang daripada mereka iaitu seorang wanita berusia 30-an berada dalam status dikehendaki di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini dan disiasat mengikut seksyen berkenaan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan disyaki terbabit  dalam kes ugutan jenayah, menyamar sebagai pegawai polis serta menggunakan kekerasan untuk menakutkan penjawat awam melakukan tugas di Empire Damansara Soho 1, Damansara, di sini, pada kira-kira 2 pagi tadi.

“Suspek berada di bawah pengaruh alkohol dipercayai membuat kacau dan mengamuk serta menyamar sebagai pegawai polis dari Cawangan Khas Bukit Aman selain semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis turut menjumpai sepeket lutsinar mengandungi ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja yang disembunyikan dalam kasut miliknya,” katanya sambil menambah suspek didapati positif dadah dan direman selama empat sehingga Sabtu ini.

Nik Ezanee berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai pegawai polis.

— BERNAMA

KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker