Hafizh Syahrin kekal dalam saingan Moto2 musim 2021

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah, sah bakal meneruskan karier permotorannya dalam Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim hadapan.

Pengurus peribadi Hafizh Syahrin Razmin Masli berkata, mereka telah selesai mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan yang berpangkalan di benua Eropah, dan pelumba berkenaan akan terus beraksi dalam kategori Moto2.

“InsyaAllah, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi. Saya berharap dengan selesainya perbincangan untuk 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik untuk baki tiga pusingan perlumbaan pada musim ini,” kata Razmin kepada wartawan tempatan menerusi rakaman audio hari ini.

Baru-baru ini, Aspar Team Moto2 mengesahkan khidmat pelumba Sepanyol Albert Arenas dari pasukan Aspar Team Moto3, untuk mewakili pasukan berkenaan dalam saingan Moto2 musim hadapan, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan Hafizh Syahrin bersama pasukan itu.



Arenas, bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, Aron Canet musim depan.

Hafizh Syahrin sebelum ini mengesahkan beliau sudah mengadakan perbincangan awal dengan dua pasukan, bagi memastikan beliau kekal bersaing pada Kejuaraan MotoGP pada musim hadapan.

Pelumba kelahiran Selangor itu kini menduduki tangga ke-20 menerusi kutipan 21 mata selepas 12 pusingan perlumbaan.

Tiga baki perlumbaan MotoGP pada musim ini adalah GP Eropah (6-8 Nov) dan GP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol (13-15 Nov), serta GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve (20-22 Nov).



— BERNAMA

KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker