Kereta api tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat

KUALA LUMPUR, 29 Okt  — Semua penumpang dan kakitangan selamat apabila sebuah keretapi tergelincir berhampiran Stesen Genuang, Segamat, Johor awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Kamarulzaman Zainal berkata  dalam insiden 2.40 pagi itu, keretapi dengan 10 penumpang berkenaan dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595, kira-kira 5km dari Stesen Genuang.

“Kegelinciran bagaimanapun hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif. Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata sedikit kelewatan dijangka berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan.

Pihaknya turut memohon maaf kepada penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.

Beliau berkata kenderaan alternatif turut disediakan bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.

Menurutnya, usaha baik pulih juga giat dijalankan di lokasi kejadian dan siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

— BERNAMA

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker