Senarai 25 pemain diumum Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Senarai akhir 25 pemain yang akan terus menyertai kem latihan pusat pasukan hoki lelaki kebangsaan bakal diumumkan pada Sabtu ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak selepas diberi penerangan oleh barisan kejurulatihan diketuai ketua jurulatih, Arul Selvaraj dan pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi.

“Saya dan Datuk Mirnawan sudah melakukan satu perbincangan bersama jurulatih Arul dan Amin (penolong jurulatih) di mana Arul sudah memberikan perkembangan semasa mengenai progres pemain yang berlatih dalam kem selama tiga minggu ini.

“Kami sudah membuat perancangan untuk mengumumkan senarai nama akhir bagi skuad kebangsaan pada Sabtu ini,” kata Ahmad Najmi yang turut berpuashati dengan perkembangan semasa pasukan ketika ini.



“Saya dan Datuk Mirnawan diberi penerangan secara penuh mengenai bagaimana setiap pemain yang memulakan latihan dalam kem ini dan setiap perkembangan pemain akan diambilkira oleh barisan kejurulatihan untuk pasukan akhir nanti.

“Amat penting untuk jurulatih membuat senarai akhir bagi pasukan kebangsaan supaya lebih tumpuan dapat diberikan kepada pemain yang terpilih baik daripada segi skil, hoki, kecergasan dan strategi.”

Seramai 37 pemain menyertai kem latihan pusat itu sejak awal bulan ini dan Ahmad Najmi berkata, ruang pemilihan masih terbuka buat pemain yang tidak tersenarai dan peluang itu akan tiba di liga kebangsaan nanti.

“Oleh itu, harapan saya kepada yang terpilih, teruskan usaha untuk berusaha gigih dan saya pasti barisan terpilih ini sudah melakukan progres dan berlatih dengan baik dalam tempoh tiga minggu ini.



“Pastinya dalam semua pasukan kebangsaan, tidak semua terpilih. Kepada yang tak terpilih itu, saya harap mereka meneruskan usaha dan prestasi. Kita masih ada liga kebangsaan tahun depan dan kepada yang tak terpilih, mereka tidak seharusnya berputus asa,” katanya.

 

KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker