Bagi ruang Perdana Menteri memimpin negara- Annuar Musa

c558af37bcefef14d25c49b6a927dc955f9a641c96968

PUTRAJAYA, 29 Okt — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, soal berkaitan pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan hak istimewa atau prerogatif Perdana Menteri.

“Perdana Menteri fikir tidak perlu ada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan gunakan sistem empat menteri kanan, kita terima.



“Kalau sekarang Perdana Menteri berubah fikiran nak seorang Timbalan Perdana Menteri pun kita terima,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada komuniti Putrajaya di bawah Wilayah Cakna 3.0 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkenaan desas-desus tiga pemimpin UMNO disebut-sebut dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Annuar berkata adalah tidak salah untuk memberikan syor dan pandangan, tetapi ia tidak harus dilihat seolah-olah Perdana Menteri ditekan.

“Timbalan Perdana Menteri itu adalah orang paling kanan kepada Perdana Menteri, bolehkah letak seseorang yang tidak boleh bekerjasama? Sudah tentu tidak begitu,” katanya.



KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button