Menteri, ROS diminta buat keputusan segera dan jelas mengenai pendaftaran parti Pejuang

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang TanahAir (Pejuang) meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membuat keputusan segera dan jelas mengenai pendaftaran parti itu.

Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah berkata ia supaya pendaftaran Pejuang diluluskan mengikut prinsip undang-undang.

Beliau berkata pendaftaran parti itu belum diluluskan walaupun sudah lebih dua bulan permohonan bertulis dan secara dalam talian dikemukakan kepada ROS.



Tujuh tindakan telah dibuat oleh Pejuang termasuk menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin bertanyakan status permohonan pendaftaran, menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu yang turut memaparkan kronologi proses permohonan Pejuang, antaranya parti tersebut telah mengemukakan permohonan bertulis lengkap dan dalam talian yang diserahkan secara kendiri kepada Ketua Pengarah ROS Masyati Abang Ibrahim pada 19 Ogos lepas.

Selain itu, pindaan perlembagaan Pejuang telah diserah semula kepada pihak ROS pada 2 Okt lepas bagi tujuan lanjut proses pendaftaran susulan cadangan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti tersebut oleh ROS.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button