SELAMAT BERSALIN 22 OKTOBER LALU – ‘FARIS SALAZAR’, NAMA BABY BOY HANI FADZIL

“Alhamdulillah syukur, tujuh hari lalu pada 22 Oktober 2020 pukul 7.07 pagi, saya selamat melahirkan bayi seberat 3.42 kilogram yang memberi kegembiraan buat kami.

Image_1.jpg

“Perkenalkan inilah cahaya mata kami, Faris Salazar,” tulis pengacara dan penyampai radio, Hani Fadzil yang berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 22 Oktober lalu, selepas tujuh hari.

Menurut Hani atau nama sebenarnya Intan Farhani Mohd. Fadzil, 29, bayi lelaki tersebut juga sudah diberikan nama dengan memilih ‘Faris Salazar’. Dalam pada itu, Hani turut menjelaskan makna di sebalik pemilihan nama puteranya itu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam hantaran tersebut yang dimuat naik di laman Instagram, penyampai radio Era itu juga memuat naik gambar bayinya, namun memilih untuk tidak mendedahkan lagi wajahnya.

“Faris bermaksud yang alim, manakala, Salazar diterbitkan daripada dua perkataan iaitu Salah bermaksud kebaikan dan Zahar bermakna bergemerlapan. Terima kasih atas segala doa, semoga anak kami membesar sihat dan menjadi anak yang baik seperti ibu bapanya,” katanya.



Sebelum ini, Hani berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Wan Faiz pada 7 Julai 2017.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



 

KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button