DIPERSOAL NAMA TIDAK SEPERTI ORANG SULUK – INI PERJELASAN BALKISYH

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon Balkiysh Semundur Khan tidak menyangka ramai mempersoalkan namanya yang didakwa tidak seperti orang berasal dari Suluk di Sabah. Menjelaskan isu tersebut, Balkisyh memberitahu dia mempunyai banyak darah kacukan dan ia bukan satu perkara yang besar.

Image_1.jpg

“Hai orang Sabah, ramai yang persoalkan mana ada orang Suluk mempunyai nama ‘Khan’ di belakang. Sebenarnya, ramai je ada di Sabah tu. Saya ni campuran Pakistan, Suluk, Filipina, Iban dan Indonesia. Haa banyak sangat campuran kan? Tapi saya pandai cakap Kedah,” katanya.

Terdahulu, pelakon drama ‘Tanya Sama Pokok’ itu difahamkan mencari bapanya yang sudah lama terpisah di Sabah. Pencarian itu dilakukan selepas ibu tunggal itu mahu berkahwin kembali dan mencari wali.



Sejak dari itu, ramai yang tidak menyangka Balkisyh berasal dari negeri tersebut. Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata lebih terbuka dengan kenyataannya dan menyokong pendapatnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg



Image_4.jpg

Image_5.jpg

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Balkiysh Semundur Khan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button