“MAMA LALUI BANYAK CABARAN…” – FAZLEY KONGSI KISAH KEHILANGAN KEMBAR KEPADA ANAK SULUNGNYA

Hebahkan !!!

Sempena ulang tahun ke-12 anak lelaki sulung iaitu Fariedz pada Khamis lalu, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menerusi laman Instagram telah berkongsi pengalaman menyambut kelahiran kanak-kanak itu.

Image_1.jpg

Fazley, 42, berkata isterinya iaitu Datin Azrene Ahmad melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka itu. Malah mereka juga kehilangan seorang anak lelaki yang juga merupakan kembar kepada Fariedz atau nama panggilan manjanya Payish.

“Mama perlu lalui banyak cabaran untuk dapatkan awak, malah kami kehilangan kembar lelaki awak. Saya masih ingat hari di mana kami bawa awak pulang ke rumah, mama masih lemah daripada pembedahan yang dilakukan.

“Saya perlu dukung awak yang kecil di tangan saya. Saya bantu mandikan awak dan bersihkan uri awak dan tanamkannya. Bergegas pulang untuk peluk awak dengan bangganya, anak pertama saya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Asmara Ini’ yang turut memuat naik video koleksi anak sulungnya di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Fazley turut meluahkan rasa bangga melihat anaknya itu semakin membesar dengan baik. Fariedz juga pernah mengikuti dia, isteri dan rakan baiknya iaitu penyanyi Imran Ajmain ke Tanah Suci, Makkah, pada awal tahun ini.

“Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish. Dida sangat berbangga dengan awak. Setahun sudah berlalu dan awak semakin membesar dengan baik. Alhamdulillah awal tahun ini awak dipilih menjadi tetamu Allah untuk pertama kali bersama dida, mama dan Nanan (Imran Ajmain).

“Awak cakap yang awak mohon pada Allah untuk dikurniakan kebahagian dan keluarga yang sentiasa menyayangi. Saya sayang awak. Happy 12th birthday to you,” ujar Fazley yang mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 2006 dan selain Fariedz, mereka juga mempunyai tiga lagi cahaya mata.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fazley Yaakob

Leave a Reply

%d bloggers like this: