TERLALU AKTIF, HIKING CARA TAK BETUL – IBU ALIFF SYUKRI CEDERA BUKU LALI

Menerusi muat naik di laman Instagram, ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memaklumkan dia telah mengalami kecederaan pada ligamen di buku lali akibat terlalu aktif seperti melakukan hiking dengan cara tidak betul.

Tambah Bonda Rozita, kecederaan lama pada buku lali sewaktu remaja memberi kesan yang lebih buruk kepada kakinya: “Kecederaan buku lali masa muda bawa kesan buruk. Saya sangka aktif bersenam masa berusia akan jadikan saya sihat organ dan hormon, tapi saya lupa perlu menjaga ligemen dan ankle.

“Saya berselipar, hiking meloncat-loncat aktif di atas batu jeram sungai tu sangat merbahaya dan beri kesan buruk pada buku lali. Lepas ni Bonda kena cermat jaga kaki, tak boleh jalan laju,” kata Bonda Rozita yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya berada di hospital dan sedang menjalani rawatan. Menceritakan kembali bagaimana pada mulanya dia menyedari kecederaan itu, Bonda Rozita beritahu buku lalinya membengkak.

“Saya tak rasa sakit sedikit pun sebenarnya, tapi rasa ada benda tak kena sebab buku lali saya bengkak. Puas saya cari punca dan jumpa kawan-kawan dalam kalangan doktor. Saya mulakan rawatan holistic dan cek darah.

“Saya risau biasanya bengkak kaki ni sakit buah pinggang atau kesan water retention, atau lebih estrogen. Namun saya tetap nak tahu apa sakit sebenar, kemudian saya ke hospital buat MRI (Magnetic Resonance Imaging).

“Keputusannya nampak kesan teruk cedera yang lama ada dua kali di dalam penyambung kaki ligament buku lali. Saya ingat masa umur 20 tahun saya termasuk dalam telaga buta dan pernah terseliuh teruk pada umur 28 tahun,” ceritanya lagi.



Bonda Rozita berkata apa yang berlaku menjadi iktibar pada dirinya supaya lebih berhati-hati: “Apa yang jadi pada saya adalah iktibar pada semua orang terutama warga emas. Doktor kata hiking tak bagus kalau buat dengan postur badan yang tak betul dan jangan berselipar.

“Orang tua jangan aktif melompat-lompat kesan buruk ligamen dalam buku lali akan cedera,” ujar Bonda Rozita lagi yang kini mengusahakan penginapan Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak di Batang Kali, Selangor.

 

KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker