BILA BEN AMIR AKUI DIRINYA ALAMI ATELOPHOBIA (TAKUT GAGAL & KETIDAKSEMPURNAAN)

Pelakon Ben Amir menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu gambar hitam putih dan mengakui dia mengalami Atelophobia.

Image_1.jpg

Atelophobia adalah sejenis fobia di mana seseorang individu itu menunjukkan rasa takut yang ekstrem jika gagal untuk mencapai kesempurnaan dalam setiap tindakan.

Penghidap fobia ini kebiasaannya mengalami stress yang agak teruk terhadap apa yang mereka katakan atau lakukan. Ia juga boleh membuatkan seseorang menjadi tidak yakin atau rendah diri dengan keadaan sekeliling.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Diruangan komen perkongsian itu, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan semangat buat pelakon itu. Kata netizen lagi, tiada siapa yang sempurna dan setiap dari kita ada kekurangan tersendiri.

Mula berlakon dalam filem pada 2015 menerusi filem ‘Romeo Kota’, nama Ben Amir mula meningkat naik pada pada tahun 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel ‘Suri Hati Mr. Pilot’ lakonan Neelofa dan Fattah Amin.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply