FGV AKAN JADI HAK MUTLAK SIAPA SELEPAS SELESAI URUSNIAGA PEMBELIAN SAHAM

APA FAEDAH KEPADA PENEROKA FELDA SELAKU PEMEGANG SAHAM?

FGV, FELDA, PLSB

Hasrat Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB)  membeli sejumlah saham FGV akan menjadikan pihak tersebut sebagai pemegang saham tunggal FGV. Menurut satu laporan, perkara ini boleh berlaku sekiranya Tawaran Am Mandatori dilakukan.

Cadangan yang dikemukakan oleh PLSB memungkinkan Tawaran Am Mandatori dilaksanakan apabila pemilikan saham sesuatu pihak melebihi 33 peratus (33%) yang mana membolehkan pihak berkenaan menawar membeli saham yang bukan miliknya sekaligus muncul sebagai pemegang saham tunggal.

Artikel berkaitan –



KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

Sekiranya berlaku urusniaga ini, aliran tunai dalam FGV akan dimiliki sepenuhnya pemegang saham tunggal. Aliran tunai dalam FGV dijangkakan akan meningkat selepas FELDA selesai mengambil semula tanah pajakan milik Felda daripada FGV dan membayar kerugian FGV mengikut perjanjian yang dipersetujui.

FELDA, FGV, LLA, PLSB

Mengikut perkiraan kasar, FGV dijangkakan akan mempunyai sejumlah RM1.8 Billion dalam bentuk tunai selepas segala urusan selesai. Jumlah tunai yang agak besar sememangnya menarik perhatian pihak yang berhasrat membeli saham FGV dan menjadi pemegang saham terbesar konglomerat itu. Tiada pihak yang boleh membantah sekiranya pemilik baru saham FGV mahu memindahkan aliran tunai kepada pihak kedua kerana kuasa pemilik tunggal saham sudah dimiliki.

Pandangan bekas CEO FGV – https://www.facebook.com/104965660841724/posts/356144855723802/

Peneroka Felda yang turut mempunyai saham dalam FGV tidak berkemampuan seperti pihak yang berminat membeli sejumlah besar saham FGV. Selaku pihak minoriti sudah pasti mereka (peneroka) tidak boleh membantah atau menolak apa juga keputusan pemilik saham terbesar. Sudahnya peneroka Felda kekal jadi “Lapik Kaki” kepada pihak lain sedangkan FGV merupakan antara hasil titik peluh peneroka dalam Felda.



Menteri (portfolio Hal Ehwal Felda), Pengerusi Felda dan Pengarah Besar Felda perlu memandang serius perkara ini kerana turut melibatkan kepentingan peneroka Felda. Pertimbangan sewajarnya perlu diperhalusi mengenai cadangan pembelian saham FGV oleh PLSB. Apakah jaminan oleh pihak yang berminat memiliki saham FGV meliputi kepentingan peneroka Felda atau urusniaga tersebut berlegar antara untung rugi 2 pihak sahaja?

Pihak berkenaan juga perlu pertimbangkan meminta PAC (Jawatankuasa Kira Kira Negara) menilai semula laporan KERTAS PUTIH FELDA selain menilai semula kewajaran laporan.

Artikel berkaitan :

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker