Tertelan berus gigi

Jeddah: Pelik tapi benar apabila seorang wanita di Makkah dekat sini, berdepan detik mencemaskan apabila tertelan berus gigi.

Akibatnya, wanita itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan barangan itu daripada perutnya.

Gulf News melaporkan mangsa yang berusia 20 tahun mengalami insiden itu ketika sedang memberus giginya.

Berus gigi itu dikatakan tersangkut di dalam perut wanita berkenaan.



Hasil pemeriksaan menerusi ujian X-ray dan pemeriksaan CT (pengimbasan tomografi berkomputer) mengesahkan berus gigi itu berada di dalam perutnya.

Namun, kecekapan pasukan perubatan di Hospital Pakar Al Noor, Makkah dapat menyelamatkan wanita berkenaan daripada kemungkinan komplikasi kesihatan lain.

Ia dikeluarkan selepas wanita itu menjalani pembedahan yang mengambil masa kira-kira 20 minit.

Pembedahan itu diketuai oleh Pakar Gastroenterologi, Dr Mohammed Fawzi.



Mangsa memberitahu doktor bahawa berus gigi itu termasuk di dalam kerongkongnya ketika sedang memberus gigi.

Menurut wanita itu, dia cuba mengeluarkan berus gigi berkenaan tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, dia tertelan berus gigi itu, sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

Penolong Pengarah Hospital Dr Motlaq Al Malki, memaklumkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, mangsa masih ditempatkan di hospital untuk rawatan lanjut.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker