“TAK ADA LAH KENDURI KAHWIN…” – ENOT SEDIH RUMAH KELUARGA DILANDA BANJIR

“Banjir tengah malam tadi. Tahu-tahu sahaja air dah penuh, naik paras dada. Nasib baik malam tadi adik tak kerja, ada dengan mak (mak tiri). Kalau dia seorang diri lagilah, menangis,” cerita pelakon dan pelawak, Enot yang berkongsi berita sedih apabila rumah keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan dilanda banjir teruk malam tadi.

Image_1.jpg

Ketika dihubungi, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 42, berkata, air memasuki rumah keluarganya di Kampung Batu 3, Mambau sehingga ke paras dada.

Jelas Enot lagi, paling menyedihkan banyak barangan keperluan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin adik lelakinya yang baru bernikah musnah.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Kenduri kahwin patut buat hari itu, tapi kes meningkat, tak jadi. Jadi, beras dan barang-barang masih ada banyak lagi, habis semua (rosak). Habis rosak set katil kahwin baru. Ingat nak tunggu buat bulan Disember bila keadaan dah okay, tapi dah jadi macam ni memang tak ada lah kenduri,” tuturnya.

Begitupun, menurut Enot air sudah mulai surut pagi tadi sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan: “Air dah surut pagi ini, mereka tengah mencuci. Nasib kakak yang tinggal di Senawang boleh balik tolong mak bersihkan rumah sebab saya nak balik tak boleh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.



Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram Enot turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan rumah keluarganya yang dilanda banjir.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button