Belanjawan 2021: Ganjaran kepada individu salur maklumat salah laku, langgar undang-undang

 

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Kerajaan akan memberi ganjaran kepada mana-mana individu atau pihak yang menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini berkata ia sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mengukuhkan tadbir urus dan integriti di Malaysia.



“Contohnya (maklumat) isu pencemaran sungai yang semakin tidak terkawal sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan air di Lembah Klang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan meneruskan agenda pembangunan negara berteraskan tadbir urus yang baik serta menjunjung prinsip integriti.

Katanya, kerajaan akan memastikan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dan pengambilan 100 orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteruskan serta menerapkan pendidikan antirasuah di semua peringkat.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button