Pasukan peguam Trump peroleh perintah mahkamah benar pantau proses kiraan undi di Pennsylvania

96ed415b0ca2af4b41c3bab5c1e0703b5fa122a2f2865

WASHINGTON, 6 Nov (Bernama) — Pasukan peguam Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memperoleh perintah mahkamah membenarkan wakil kempen masuk ke pusat penjumlahan undi untuk memantau proses pengiraan di Philadelphia, Pennsylvania, kata bekas Peguam Negara Florida Pam Bondi kepada wartawan di perkarangan Pusat Konvensyen Pennsylvania pada Khamis.

“Kami rancang untuk masuk ke bangunan itu sekarang dan memantau proses pengiraan undi,” kata Bondi, lapor agensi berita Sputnik.

Penasihat kanan kempen Trump 2020, Corey Lewandowski, berkata mereka akan memantau dari jarak enam kaki.

“Kami akan masuk sekarang untuk melihat apa yang sedang berlaku, bukan dari jarak 30 kaki, bukan dari jarak 100 kaki, dari jarak enam kaki,” kata Lewandowski.



Pasukan peguam Trump sebelum itu memfailkan tuntutan mahkamah supaya pengiraan undi di Pennsylvania dan Michigan dihentikan sehingga mahkamah membenarkan pemerhati kempen memantau proses pengiraan.

Jurang antara Trump dan pencabarnya daripada Demokrat, Joe Biden mengecil di Philadelphia ketika beberapa daerah Pennsylvania baru mula mengira kertas undi pos.

Dengan 87 peratus undi dikira di negeri yang mempunyai 20 undi elektoral itu, Trump ketika ini mendahului 50.5 peratus-48.4 peratus.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker