“JANGAN FOLLOW AKAUN PALSU” – HETTY SARLENE AKAN BUAT LAPORAN POLIS

Hebahkan !!!

Menerusi satu entri di Instagram Story, penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene menegaskan bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang cuba menyamar menggunakan identiti dirinya di media sosial.

Image_1.jpg

Menurut Hetty atau nama sebenarnya, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 36, dia hanya mempunyai satu akaun Instagram sahaja yang digunakan iaitu @hettysarlene_oakes.

“Perhatian kepada semua. Saya hanya mempunyai satu akaun Instagram original iaitu hettysarlene_oakes. Saya sedang membuat pemantauan dan membuat laporan ke atas semua akaun palsu. Saya juga akan membuat laporan polis mengenainya,” kata bekas bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, dia turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya untuk mengikuti akaun lain yang menggunakan namanya: “Jangan follow akaun palsu. Ini adalah satu-satunya akaun asli,” tegasnya.

Sehingga kini akaun Instagram tersebut mempunyai seramai lebih 114,000 pengikut. Akaun tersebut turut disertakan dengan verification badge dengan logo biru pada hujung namanya.

Baru-baru ini, pelawak Jep Sepahtu juga berdepan situasi sama apabila terdapat akaun media sosial yang cuba memperdaya orang ramai menggunakan identitinya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: