KD Paus usir bot nelayan Vietnam – TLDM

 

 

KOTA KINABALU, 7 Nov — Kapal Diraja (KD) Paus Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan asing dipercayai menjalankan aktiviti penangkapan ikan ketika melaksanakan rondaan di perairan Malaysia.

Pegawai Memerintah KD Paus Lt Kdr Nor Hisham Rahman berkata bot berkenaan dikesan di kedudukan kira-kira 149 batu nautika dari Kota Kinabalu pada tengah hari semalam.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati terdapat 16 awak-awak warga Vietnam di atas bot berkenaan.

“Bot itu telah diusir dan diberi amaran keras untuk tidak melakukan sebarang aktiviti menangkap ikan di Zon Maritim Malaysia pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hisham berkata TLDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menjaga kedaulatan perairan maritim negara.

Katanya, TLDM juga akan terus melaksanakan rondaan dan pemantauan dalam usaha mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim serta mengelak penularan COVID-19 oleh pendatang asing tanpa izin menerusi jalan laut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker