KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – PAC WAJAR KAJI SEMULA KESELURUHAN LAPORAN

AZMIN ALI PERLU JELASKAN HASIL LAPORAN KERTAS PUTIH (FORENSIK) FELDA

KERTAS PUTIH FELDA

Ketika pembentangan KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) dilakukan Azmin Ali selaku Menteri bertanggungjawab dalam Pakatan Harapan, beliau terlepas pandang banyak perkara. Kelemahan laporan turut menjadi persoalan yang masih kabur sehingga hari ini.

Kertas Putih Felda

Paling ketara dalam KERTAS PUTIH (FORENSIK)

  • Kes 5 : Pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City

Dalam laporan yang disediakan sebuah syarikat dilantik, menggariskan penemuan kepincangan menjurus kepada kegagalan FIC memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Felda berkaitan beberapa perkara proses awal KLVC. Menurut laporan Lembaga Pengarah FIC bersetuju melantik sebuah syarikat pemaju hartanah (Syarikat F) sebagai pemaju utama projek walaupun FIC tidak ada hak ataa tanah tersebut dan belum dilantik FELDA sebagai perunding pengurusan projek.



  • Matlamat penubuhan FIC oleh FELDA serta peranan FIC tidak dijelaskan dalam laporan
  • Laporan syarikat yang menyediakan kertas forensik tidak menjelaskan perjanjian sewa yang dimuktamadkan berdasarkan harga semasa dan permintaan semasa, malah menambah tiada “exit clause” berkaitan perjanjian sewa sedangkan dalam POA jelas perkara tersebut ditulis
  • Laporan tidak menjelaskan proses sebenar rundingan antara FIC dan (syarikat F)
  • Laporan tidak mengambilkira kenyataan SPRM mengenai siasatan yang telah dijalankan

Kertas Putih Felda

 

Sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, laporan KERTAS PUTIH (FORENSIK) seperti mempunyai unsur campurtangan daripada pihak tertentu yang mempunyai tujuan berkepentingan. Dalam hal ini, Dato Musthapa Mohamad selaku Menteri bertanggungjawab dalam kabinet kerajaan perlu tampil dalam sidang Parlimen bagi menjelaskan kekeliruan yang terdapat dalam laporan yang dibentangkan pada 10 April 2019.

Pengerusi Felda (sekarang) yang juga merupakan Ahli Parlimen Besut turut perlu menjelaskan persoalan-persoalan yang timbul dalam Laporan Kertas Putih (ISBN : 978- 967-5842-14-6) dan sekiranya perlu beliau juga boleh meminta kerajaan mengarahkan JawatanKuasa Kira-Kira Negara (PAC) membuat penilaian semula Kertas Putih Felda. Secara tidak langsung Peneroka Felda dan rakyat akan mendapat laporan yang lebih telus dan bertanggungjawab daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Idris Jusoh

Beranikah Menteri dan Barisan Kabinet mengarahkan supaya PAC menyiasat dan mengkaji semula laporan tersebut memandangkan kini Azmin Ali merupakan Menteri Kanan dalam kerajaan? Sekiranya terdapat unsur meragukan dalam laporan, peneroka Felda, Generasi Kedua Felda serta rakyat PERLU TAHU kepincangan sebenar Felda serta jalan penyelesaian untuk membolehkan FELDA kembali ke matlamat asal penubuhannya sejak ditubuhkan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker