PENGANTIN PUNYAI NAMA SAMA – ERRA FAZIRA TERKEJUT TERIMA UCAPAN TAHNIAH

Selepas entri yang dimuat naik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi tular, penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira, 46, terkejut menerima ucapan tahniah.

Image_1.jpg

Melihat pada entri yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook beberapa jam lalu, Dr Zulkifli mengucapkan tahniah kepada wanita bernama Erra Fazira dan suami atas pernikahan yang berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pagi ini.

Zulkifli bagaimanapun menjelaskan individu berkenaan bukanlah bintang filem ‘Sembilu’ itu seperti sangkaan ramai sebaliknya ialah seorang wanita yang secara kebetulan memiliki nama sama.

Menurut Zulkifli, pada awalnya dia turut terkejut kerana menyangkakan pelakon filem ‘Maria Mariana’ itu melangsungkan pernikahan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Gara-gara entri itu, ramai peminat menyangka Erra menyembunyikan berita perkahwinannya. Namun, ramai lega selepas melihat gambar yang dikongsi Dr Zulkifli.

Erra berkata, dia menganggap status yang dimuat naik Dr Zulkfili sebagai usikan dan tidak mengambil hati dengan gurauan berkenaan.

“Saya sendiri dihujani ucapan tahniah tapi dalam gurauan la. Tapi secara tak langsung memberi semangat kepada saya untuk berkahwin. Saya anggap ia sekadar usikan. Pandai ustaz berlawak hingga menghiburkan hati ramai. Apapun, tahniah buat Erra Fazira daripada Erra Fazira,” katanya.

Pengurus Erra, Sharendra Abd Razak berkata, dia dihujani panggilan telefon dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang ingin mengesahkan mengenai berita perkahwinan berkenaan, sejak pagi ini.

Image_3.jpg

“Saya menerima banyak panggilan telefon dan mesej yang ingin kepastian mengenai berita ini. Erra sendiri terkejut, tetapi pada masa sama, dia berasakan berita ini kelakar. Ini kerana, Erra tidak menyangka ada wanita yang memiliki nama sama dengannya.

“Kami akan umum dan tidak akan sesekali merahsiakannya daripada sesiapa sekiranya Erra ingin menamatkan zaman solo,” jelas Sharendra.

Sharendra turut dilihat meninggalkan komen dalam IG Dr Zulkifli dengan menulis “Ustaz, saya pun terkejut boss saya kahwin tak bagitau saya,” tulisnya.

Image_4.jpg

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali. Aktres itu mendirikan rumah tangga dengan komposer dan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun. Ikatan perkahwinan Erra dan Emran terlerai selepas tujuh tahun tahun mendirikan rumah tangga.

Erra dilihat menjalinkan hubungan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi, 32, namun perhubungan putus di tengah jalan, tahun lalu.

Terbaharu, Erra dikaitkan dengan ahli korporat berusia 40 tahun, namun Erra menafikannya dan terkejut dengan gosip yang tersebar. Hingga kini, wanita kelahiran Sungai Choh, Rawang itu belum mempunyai teman istimewa.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker