Enam pelajar ditahan reman empat hari

KLUANG: Enam pelajar sebuah sekolah menengah di bandar ini yang ditahan untuk membantu siasatan kejadian pergaduhan di sebuah asrama, pada 25 Oktober lalu direman empat hari mulai hari ini hingga 11 November ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, semua pelajar berusia 16 tahun itu ditahan selepas bapa seorang pelajar di sekolah itu, membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Khamis lalu.

“Justeru, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kluang menahan enam pelajar berkenaan untuk membantu siasatan.

“Kesemua mereka juga didapati negatif dadah melalui ujian saringan air kencing, selain tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker