Rahsia khazanah alam Kampung Simpang Empat

Pandemik COVID-19 yang bermula di Wuhan, China pada Disember tahun lalu mengubah hampir keseluruhan kehidupan penduduk dunia apabila terpaksa mengadaptasi norma baharu.

Tindakan satu demi satu negara menutup pintu sempadan dalam usaha mengekang jangkitan import, antaranya menyaksikan sektor pelancongan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara hampir lumpuh dan Malaysia tidak terkecuali.

Jika dahulu, cuti sekolah, cuti umum bahkan cuti tahunan antara yang dinantikan masyarakat di negara ini untuk keluar mengembara mencari pengalaman di negara asing tetapi kini semuanya berubah.



Ramai mandi-mandi sebagai aktiviti beriadah hujung minggu.- Foto/Rosman Shamsudin
Ramai mandi-mandi sebagai aktiviti beriadah hujung minggu.- Foto/Rosman Shamsudin

Dengan norma baharu serta penutupan pintu sempadan memaksa keinginan untuk meneroka keindahan negara orang diketepikan buat sementara, sebaliknya memilih tempat menarik dalam negara sebagai destinasi pelancongan yang pastinya tidak kalah.

Teroka keindahan

Dilengkapi chalet untuk penginapan selesa.- Foto/Rosman Shamsudin
Dilengkapi chalet untuk penginapan selesa.- Foto/Rosman Shamsudin

Kampung Simpang Empat terletak di Tanjung Malim, Perak antara menawarkan lokasi menarik untuk dikunjungi bagi tujuan rekreasi dan riadah bersama keluarga dan kenalan.

Sungai Bernam mengalirkan air jernih dari kaki Banjaran Titiwangsa antara keunikan di Kampung Simpang Empat. Ia seolah-olah menjadikan pengunjung berada di tengah hutan belantara, apatah lagi sungai cetek selamat untuk kanak-kanak.



Terdapat pelbagai kemudahan penginapan ditawarkan kepada pengunjung di Sungai Bernam antaranya, Warisan Lestari Riverfront Village dan Bernam Nature Hut (BNH).

Bagi pengunjung yang berminat untuk bermalam, BNH dilengkapi chalet dan dorm. Pengunjung perlu melintasi titi gantung untuk menyeberangi sungai.

Pengunjung yang tidak bercadang menginap, mereka bolehlah menyewa pondok yang terdapat di tepi sungai sambil berkelah bersama keluarga.

Raja buah berusia ratusan tahun



Teratak Ayah, Teratak Aki Mohamad dan Itaman Perkelahan di tepi sungai membolehkan pengunjung berteduh dan berehat selepas penat melakukan pelbagai aktiviti di sungai itu.

Pengunjung boleh merasai keenakan buah-buahan tempatan khususnya pada musim buah kerana dusun memenuhi kiri dan kanan sungai. Penggemar durian boleh merasai keenakan raja buah dari pokok yang berusia ratusan tahun.

Pengusaha chalet, Zulkifli Musa, 58, berkata pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti jika mengunjungi Sungai Bernam dan kedudukannya agak jauh daripada jalan utama menjanjikan suasana damai dan tenteram dengan udara segar.

Rimbunan buluh hidup subur di tepi sungai menyerlahkan lagi keindahan alam semula jadi di kawasan itu.



Ladang durian meriah apabila tiba musim Raja Buah itu.- Foto/Rosman Shamsudin
Ladang durian meriah apabila tiba musim Raja Buah itu.- Foto/Rosman Shamsudin

Bagi yang gemarkan percutian sambil menikmati keindahan alam semula jadi, Kampung Simpang Empat yang menyimpan pelbagai khazanah alam mungkin boleh dimasukkan dalam senarai destinasi pelancongan impian.

Info

* Kampung Simpang Empat terletak di Tanjung Malim bersempadanan dengan Hulu Selangor

* Sungai Bernam memisahkan Perak dan Selangor



* Pengunjung dari selatan menggunakan Plaza Tol Tanjung Malim, manakala utara menggunakan Plaza Tol Behrang.

* Jarak dari Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dengan Kampung Simpang Empat hanya 600 meter.

BH Online

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button