Reezal Merican, FAM ucap takziah kepada keluarga Mohamad

885aaf9a93f5df4f0ab59167dd45ee765efc5710da0bbDatuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Datuk Mohamad Bakar yang meninggal dunia pada usia 75 tahun hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Perubatan dan Pergigian Temaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM), Kepala Batas pada kira-kira 10.20 pagi kerana mempunyai masalah kesihatan kegagalan sum sum tulang menghasilkan darah.

“Marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di Facebook beliau.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni dosanya serta meringankan musibah keluarganya. Al-Fatihah,” menurut FAM.

Beraksi di posisi sayap kanan dan antara tonggak skuad Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman, Mohamad turut meraih pingat gangsa Sukan Asia 1974 dalam laluan mengumpul 43 caps.

Mohamad kemudian menabur bakti kepada pasukan kebangsaan sebagai pembantu kepada Ketua Jurulatih negara mendiang Karl Weigang dalam merencana kemaraan skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke Olimpik Moscow 1980.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker