Tiket bas pulang ke Kelantan laris

KOTA BHARU: Tidak sampai beberapa jam pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir kebanyakan negeri, penjualan tiket bas ke Kelantan laris kerana masing-masing mahu pulang ke kampung halaman.

Kebanyakan bas dari semua negeri sejak malam tadi dikatakan, penuh sehingga pagi ini sebelum PKPB berkuatkuasa tengah malam ini.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail, berkata hampir kebanyakan bas terutama dari Perak, Johor, Penang penuh sejak malam tadi hingga pagi ini.



“Kebanyakan bas mendapat sambutan di negeri yang baru dilaksanakan PKPB manakala sambutan di Lembah Klang masih sama kerana negeri berkenaan sudah menjalani PKPB dan memerlukan surat.

“Sambutan diterima agak menggalakkan dan kita percaya mereka mahu pulang sebelum pelaksanaan PKPB mulai tengah malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, ejen penjualan tiket bas, Izani Zakaria, 38, berkata sambutan terhadap penjualan tiket bas sangat menggalakkan sejak malam tadi.

“Sejak malam tadi bas penuh pulang ke Kelantan sehingga pagi ini. Ramai orang mengambil kesempatan kerana selepas ini tidak boleh lagi merentas negeri.



“Sejak PKPB di Lembah Klang, penjualan tiket bas agak perlahan sehinggalah pengumuman PKPB petang semalam,” katanya.

BH Online

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button