AWAL BERI AMARAN TERAKHIR: “AKU TAKKAN TERAGAK-AGAK SIARKAN WAJAH KORANG BERDUA”

“Ini adalah amaran terakhir aku untuk membuat kau menghubungi aku, atau bercakap dengan peguam aku mengenai perkara ini. Aku takkan teragak-agak untuk siarkan wajah korang berdua kat IG ni, kalau masih tak dapat kerjasama dari korang.

Image_1.jpg

“Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab kononnya takda persediaan secara profesional dan takut buat kenyataan salah. Habis tu, kau tak jawab pertanyaan aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni?

“Kau nak bersedia secara profesional juga ke?” tulis pengacara terkenal Awal Ashaari, 39, yang memberi amaran terakhir kepada sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan, Naz Carpentry untuk menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut.



Kata suami kepada pelakon Scha Alyahya itu, dia tidak teragak-agak untuk berkongsi foto empunya di Instagram (IG) sekiranya masih berdiam diri.

Tegas Awal lagi, dia membayar syarikat hiasan tersebut dengan harga penuh, bukan ditaja kerana niatnya untuk membantu bisnes orang Melayu. Justeru, pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari ini memohon agar syarikat tersebut tampil memberi kerjasama.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Come on. Buat bisnes biar beradap. Beretika. Aku bukan minta kau sponsor. Aku setuju bayar harga penuh, apa yang kau cas aku, satu sen pun aku tak mintak diskaun sebab aku nak tolong bisnes orang melayu.

“Tu pun aku baik hati lagi tak mintak semua, aku kasi syarikat kau absorb 20% untuk cover losses kau. Tak bersyukur juga lagi? Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu. So stop turn the table around dan kengkonon aku yang naya dan fitnah kau.

“Kalau kau tak batalkan mesyuarat kat pejabat peguam haritu, kalau kau jawab panggilan aku atau peguam aku. Benda ni takkan jadi. Jadi hentikan drama ini kerana saya mempunyai semua bukti untuk menjatuhkan anda,” katanya lagi.

Terdahulu beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.



Disebabkan itu, Awal tampil mempertahankan diri dengan menyatakan dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button