“BUNYI MACAM BOM INGATKAN TANAH RUNTUH” – HELIKOPTER TERHEMPAS BERDEKATAN RUMAH SHEIRA

“Bunyi jatuh tu macam bom. Saya ingatkan tanah runtuh yang berlaku maklumlah perumahan di sini berada di kawasan berbukit. Lepastu ada yang update cakap helikopter terhempas. Dalam 1 meter ja dari rumah saya. Memang itu laluan saya.

Image_1.jpg

“Lokasi kemalangan helikopter itu memang dekat dengan rumah saya… semasa kejadian saya berada dalam bilik sedang bersiap. Apabila dengar bunyi kuat itu terkejutlah juga sebab rumah kami kawasan berbukit, takut pula kalau tanah runtuh ke apa!

“Lagi risau apabila sekarang ni musim hujan, bila dengar bunyi kuat macam itu, memang risau… rupa-rupanya diberitahu ada helikopter terhempas.



“Sekarang ini jalan depan rumah pun tengah sesak teruk mungkin kerana orang ramai nak pergi ke lokasi kemalangan. Saya pergi tengok tadi tapi bila dah ramai orang saya balik. Lagipun banyak lagi kerja nak buat.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Doakan untuk mereka yang terlibat,” cerita penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah yang akui terkejut selepas mendengar letupan seakan bunyi bom di kawasan perumahannya di Taman Melawati, Ampang, sekitar pukul 12 tengahari tadi.



Shahirah yang lebih mesra disapa Shiera berdepan detik menakutkan apabila terdengar bunyi dentuman kuat berdekatan kawasan rumahnya pada pagi Ahad. Menurut Shiera, semasa kejadian dia berada di dalam bilik dan bergegas keluar mencari punca bunyi tersebut.

Ketika dihubungi, Shiera memberitahu dia menyangka ada kejadian tanah runtuh. Namun tidak disangka, apa yang terjadi adalah terdapat helikopter terhempas berdekatan kediamannya.

Image_3.jpg

Shiera kemudian baru mengetahui kalau letupan kuat seperti bom yang didengarinya itu adalah insiden helikopter terhempas. Tambah kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini lagi, beliau sempat pergi ke lokasi kejadian namun mengambil keputusan untuk berpatah balik selepas ramai orang mula datang.



Sebentar tadi tular di laman sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi WhatsApp beberapa keping foto dan video kemalangan membabitkan dua buah helikopter.

Susulan itu media tempatan melaporkan sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang, Kuala Lumpur.

Dua dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi itu. Laporan awal menyatakan terdapat empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang peremuan di mana dua didapati tidak sedarkan diri.

Image_4.jpg



Image_5.jpg

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button