Enam lagi kluster baharu COVID-19 dikesan – KP Kesihatan

16a0b495aaa0bb8ecde2e28d83889ec55f9fed79aa97dTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan enam lagi kluster baharu COVID-19 di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Nahaba dikesan di Kota Belud, Sabah yang mencatatkan 25 kes positif setakat ini.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35,808) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 4 Nov lepas.



“Kesemua mereka yang positif dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Seri Bayu Pirasan di Kota Belud,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya hari ini.

Bagi kluster kedua pula iaitu Kluster Numbak yang dikesan di Kota Kinabalu, Sabah, Dr Noor Hisham berkata kes membabitkan kes indeks (ke-22,036) yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Okt lepas.

“Hasil saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif COVID-19,” katanya.

Di Selangor pula, Dr Noor Hisham berkata Kluster Perigi dikesan di Klang yang mencatatkan 39 kes positif COVID-19 setakat ini.



Kes dikenal pasti hasil saringan di tempat kerja pada 15 Okt lepas.

Kluster baharu yang turut dikesan adalah Kluster Seri Terapi di Kepong, Kuala Lumpur dan Daerah Alor Gajah di Melaka.

Dr Noor Hisham berkata kes indeks (ke-36,180) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Nov dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat seterusnya mengesan 11 lagi kes positif. Sehingga hari ini, sejumlah 126 individu disaring dengan 12 kes dikesan positif COVID-19, lapan individu negatif dan 106 individu masih menunggu keputusan,” katanya.



Dr Noor Hisham berkata di Johor, Kluster Padang dikesan melibatkan Daerah Kota Tinggi yang dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 5 Nov lepas dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang.

“Sehingga hari ini, 338 individu telah disaring dengan empat kes dikesan positif COVID-19, 173 individu lagi negatif dan 160 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Sementara itu, Kluster Harmoni dikesan di Putrajaya hasil saringan tempat kerja pada 7 Nov lepas.

Beliau berkata individu terlibat dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan saringan kontak rapat telah mengesan lima lagi kes positif manakala 28 individu negatif dan 17 individu masih menunggu keputusan.



Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa Kluster Bah Perdana di Putrajaya diisytiharkan tamat hari ini. Tiada kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster itu.

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button