Hasil padi kacukan catat rekod baharu

BEIJING, 8 Nov — Ujian penanaman padi kacukan dua musim generasi ketiga, di pangkalan ujian di Hengnan, wilayah Hunan berjaya mencipta rekod baharu apabila jumlah penghasilannya mencapai 1,530.76 kilogram setiap mu (1 hektar = 15 mu).

Dapatan yang diperoleh semalam itu menunjukkan, keluaran padi kacukan dua musim generasi ketiga boleh melebihi 22.5 ribu kilogram sehektar.

Yuan Longping, 90, yang dikenali “bapa padi kacukan” dan kumpulannya telah mengadakan sesi latihan dan melatih 14,000 juruteknik kepada lebih 80 negara membangun sejak 1980-an.

Statistik Kementerian Pertanian dan Desa China menunjukkan, jumlah penghasilan bijirin musim panas dan padi awal masing-masing meningkat 1.21 bilion kilogram dan 1.03 bilion kilogram.

Jumlah hasil bahan makanan akan kekal melebihi 650 bilion kilogram selama enam tahun berturut-turut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *