48 dipindahkan ke PPS, air sungai melimpah

TAIPING: Seramai 48 individu daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) susulan banjir di Batu 7 Kampung Changkat Baru, dekat Matang, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, panggilan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Taiping jam 10.05 malam, memaklumkan limpahan air daripada sungai berdekatan kampung itu menyebabkan banjir.

Beliau berkata, semua mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al-Baraqah, di sini, dengan 16 daripadanya kanak-kanak.

“Kedalaman air adalah hingga 0.9 meter.

“Operasi pemindahan tamat jam 11.35 malam. Bagaimanapun ketika dipindahkan banjir kelihatan sudah mula surut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

BH online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *