BILA MARIA TUNKU SABRI KONGSI FOTO THROWBACK JADI PRAMUGARI

Ramai dikalangan artis kita yang pernah bergelar seorang pramugari sebelum berkecimpung dalam industri hiburan. Barangkali pakej fizikal lengkap yang ada sebagai seorang kru kabin itu membuatkan mereka lebih mudah untuk mencuba nasib sebagai orang seni.

Image_1.jpg

Begitu juga dengan pengacara dan personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri apabila beliau berkongsi foto throwback dimana dia pernah bergelar seorang pramugari.

Maria berkongsi gambar kenangan dirinya ketika bertugas bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kira-kira dua dekad yang lalu itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.

“Zaman saya dan bff (sahabat baik) saya bekerja sebagai pramugari di Malaysia Airlines System MAS tahun 1980-an. Tengok solekan zaman ni Lancome ajar cara make up.

“Zaman ni on lah make up macam ni, mengepak kami bila berjalan rasa macam burung merak. Cuba teka saya yang mana satu???,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam entri tersebut selebriti berusia 44 tahun itu berkongsi gambar dirinya bersama rakan setugas yang lain. Ternyata perkongsian pengacara yang popular dengan program Jalan-Jalan Cari Makan itu mencuri tumpuan pengikutnya di Instagram.

Rata-rata memuji penampilan Maria yang dilihat cukup berbeza dengan dirinya sekarang. Bahkan, ada yang tidak pernah menyangka Maria pernah bekerja di awan biru sebagai Ketua Pramugari selama lapan tahun.

“Cantik dan kurus akak dulu-dulu. – “Wah, cantiknya! – “Oh baru tahu sis pernah jadi pramugari, patutlah manis. – “Akak yang rambut pendek tu, masih sama boleh cam lagi,” komen sebahagian pengikutnya.

Penampilannya yang cukup ramping itu membuatkan Maria turut mendedahkan berat badannya ketika itu: “Ya Kak Liza, zaman 50kg,” katanya.

Image_3.jpg

Bahkan, menerusi ruangan komen, Maria mengakui pernah berkhidmat bersama-sama penyanyi Ziana Zain yang ketika itu merupakan juniornya dalam industri penerbangan.

Bukan itu sahaja, perkongsian Maria ini juga membuatkan ada kenalan lamanya muncul berkongsi pengalamannya yang pernah bertugas di bawahnya.

“Awak pernah buat saya menangis masa terbang 737 dulu. Saya ingat sampai hari ni. Salah seorang LSS (Leading Stewardess) yang garang pernah saya jumpa di MAS,” komen Azima Jaafar.

Bagaimanapun, Maria yang membalas komen tersebut kemudian mengakui dirinya seorang yang tegas ketika bekerja.

Sejak akhir-akhir ini beberapa artis lain turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu bergelar pramugari selepas industri penerbangan berada dalam keadaan merudum akibat pandemik Covid-19 sehingga ramai yang terpaksa berdepan masalah kehilangan pekerjaan.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

568 ditahan, 131 daripadanya kerana berkunjung ke pusat hiburan – Ismail Sabri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker