Garcia positif COVID-19, tarik diri golf Masters

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Juara golf Masters 2017, Sergio Garcia menarik diri daripada kejohanan edisi ke-84 sebentar tadi selepas mengumumkan dia disahkan positif ujian COVID-19.

Garcia yang memenangi kejuaraan major itu di Augusta National tiga tahun lalu dengan menewaskan pemain England, Justin Rose menerusi playoff, disahkan positif pada Ahad lalu selepas terlepas ‘cut’ saingan Terbuka Houston PGA Amerika Syarikat (AS).

“Ketika mamandu dalam perjalanan pulang daripada Terbuka Houston malam Sabtu lalu, saya mula berasa sakit pada tekak dan batuk,” kata Garcia dalam satu ciapan menerusi akaun Twitter miliknya.

“Gejala itu masih ada sehingga awal pagi Ahad sebelum saya dan isteri, Angela mengambil keputusan untuk menjalani ujian COVID-19. Syukur Angela didapati negatif, namun saya positif,”.



Pemain Sepanyol berusia 40 tahun itu berjaya memenangi Kejohanan Sanderson Farms di Jackson, Mississippi, pada bulan lalu iaitu kejuaraan pertama PGA AS selepas merangkul Masters.

“Kami mendoakan Sergio dan keluarganya segera sembuh,” kata Pengerusi Kelab Augusta National, Fred Ridley. “Kami akan sangat terasa ketiadaannya,”.

Garcia sebelum ini terlepas cut dua kejuaraan utama pada tahun ini iaitu Terbuka AS dan Kejuaraan PGA manakala Terbuka British dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Beliau menjadi pemain kedua menarik daripada kejohanan Masters akibat positif COVID-19 selepas pemain Chile, Joaquin Niemann.



– AFP

ANNIVERSARY KE-10 AQASHA & ISTERI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker