LETAK HARGA TINGGI DITUDUH ‘DEMAND’ – ADI PUTRA KESAL, INI PERJELASANNYA

“Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai… lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begitu? Kerana niat saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya.

Image_1.jpg

“Mungkin bukan rezeki mereka yang saya nak bantu, sebab pihak berkenaan tak memahami saya,” kata pelakon Datuk Adi Putra menerusi laman Instagram miliknya yang meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila tawaran lakonan ditarik balik selepas dia meminta sejumlah bayaran yang agak tinggi.

Menurut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 39, dia mempunyai sebab tertentu meletakkan harga sedemikian kerana niatnya ingin menggunakan wang tersebut membantu mereka yang memerlukan.



Sementara itu, pelakon drama ‘Bicara Cinta’ ini berkata tidak salah untuk dia meletakkan harga yang tinggi kerana dia yakin mampu memberikan hasil kerja yang baik.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Tapi tak salahkan letak gaji tinggi kerana mampu memberi kualiti. Ada pihak yang faham ada yang tidak. InsyaAllah ada rezeki tak kemana. Rezeki ini bukan untuk saya, ini rezeki rakyat. Saya bukan bercakap fasal bayaran, ini untuk orang yang memerlukan. Siapa yang komen negatif sebelum ini… semoga Allah memberkati dan merahmati anda,” ujarnya.



Sementara itu, rata-rata pengikut memuji tindakan Adi dan memintanya terus bersabar dalam meneruskan niat murni itu. Namun ada juga pengikut yang meminta Adi menerima tawaran tersebut meskipun bayarannya rendah kerana niat bersedekah itu tiada nilainya.

“Tak salah… bayaran setimpal dengan kualiti dan masa yang diambil dalam hidup kita. – “Apa gila Shah Rukh Khan Malaysia dapat bayaran rendah? Dia orang ni buta hati dan buta kayu betullah!

“Letak harga tinggi sebab nak bersedekah? Kalau harga yang biasa pun boleh saja nak bersedekah… ni terus apa pun tak dapat, tak ada rezekilah tu,” komen pengikut.

Image_3.jpg



Image_4.jpg

Image_5.jpg

“KALAU POPULAR TAPI PEMINAT TAK UNDI, ITU TAK DIKIRA LAYAK MENANG” – CHUBB-E



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button