Perancis terpaksa lupakan khidmat Aouar

PARIS: Pemain tengah Lyon, Houssem Aouar tersisih daripada mewakili pasukan kebangsaan Perancis pada aksi antarabangsa akan datang selepas mengalami kecederaan ketika menewaskan Saint-Etienne, umum jurulatih Didier Deschamps, semalam.

Aouar dipanggil minggu lalu bagi menggantikan Nabil Fekir, namun tidak dapat menyertai juara Piala Dunia itu selepas cedera di paha ketika menang 2-1 aksi tetangga pada Ahad.

Perancis akan berdepan Finland pada aksi persahabatan esok sebelum perlawanan Liga Negara-Negara menentang Portugal pada Sabtu ini dan Sweden tiga hari kemudian.



Aouar membuat penampilan pertama bersama Perancis ketika menewaskan Ukraine, 7-1 pada Oktober lalu, namun tidak beraksi dalam dua perlawanan Liga Negara-Negara menentang Portugal dan Croatia selepas itu.

– AFP

Pemuda UMNO Gerakkan Langkah Untuk PRK DUN Slim Dan PRN Sabah – Dr Asyraf



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button