PERSIAPAN KAHWIN LEBIH 50 PERATUS – AYDA JEBAT MOHON DOAKAN LANCAR

Pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi iaitu tinggal lebih kurang dua bulan. Ayda yang merupakan penyanyi dan pelakon itu mengakui sudah mula membuat persiapan dengan tunangnya yang juga seorang pengacara.

Image_1.jpg

Ayda berkata, biarpun berdepan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ayda berharap segala urusan perkahwinan yang dirancang dipermudahkan.

“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan. Alhamdulillah, persiapan pun sudah melebihi 50 peratus. Saya mohon semua pihak mendoakan agar majlis kami berjalan dengan lancar seperti yang sudah dirancang.

“Majlis perkahwinan kami akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Doakan semoga semuanya lancar,” katanya.

Sebelum ini, pasangan terbabit mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 1 Januari tahun depan. Menurut Ayda, selain tarikh yang dipilih memudahkan mereka mengingati ulang tahun perkahwinan, tarikh itu juga mendapat persetujuan keluarga.

“Majlis akad nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam. Tarikh ini sudah pun mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga kami. Saya bersyukur keluarga merestui permintaan untuk kami mengadakan majlis pernikahan pada 1 Januari 2021 nanti,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *