Pesara polis hilang dalam kebun getah

SIK: Seorang pesara polis dilaporkan hilang di Kampung Batu Besar, Jalan Parit Panjang, Mukim Teloi, di sini sejak semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata usaha mencari Wahab Yaakob, 45 dilakukan sejak malam tadi.

“Mangsa dilaporkan dilihat orang kampung masuk kebun getah sekitar jam 7.15 malam tadi.



“Difahamkan mangsa baru seminggu sedar daripada koma akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkannya hilang ingatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari mangsa turut disertai 25 penduduk kampung pada jarak sejauh dua kilometer dari rumahnya dan setakat ini belum ditemui.

BH Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button