10 wanita dikompaun langgar PKPB

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Seramai 10 wanita termasuk seorang warga United Kingdom (UK) dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menganjur dan menyertai aktiviti yoga.

Hasil maklumat orang awam, polis membuat pemeriksaan di sebuah rumah dekat Desa Sri Hartamas, di sini, jam 8.50 pagi semalam dan mendapati semua wanita berusia antara 37 hingga 60 tahun itu tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected], berkata

ketika pemeriksaan, seorang penganjur tidak bekerjasama dan cuba mempertikaikan tindakan polis untuk membuat pemeriksaan serta pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pematuhan PKPB di rumah itu.

“Siasatan lanjut mendapati rumah berkenaan adalah premis persendirian dijadikan pusat latihan yoga yang tidak mematuhi syarat PKPB.

“Semua wanita itu dibawa ke Balai Polis Hartamas untuk tindakan kompaun mengikut

Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zairulnizam berkata, penganjur berusia 37 tahun itu turut disiasat

mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Saya ingin menegaskan semua pihak supaya mengikuti SOP PKPB kerana tindakan kompaun akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Polis Brickfields di talian 03 2297 9222.

“Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan dan dihargai bagi menyekat penularan COVID-19,” katanya.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: