Buaya cedera diselamatkan, dikhuatiri mengganas

LIMBANG: Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menangkap seekor buaya yang dikhuatiri mengganas selepas cedera ditembak penduduk kampung, di sini, malam tadi.

Selepas terkena tembakan itu, buaya yang sepanjang 4.5 meter itu disedari bersembunyi di dalam longkang di belakang Sekolah Kebangsaan Saint Edmund, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi mendapatkan khidmat khas menangkap buaya itu pada jam 10.59 malam tadi

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor buaya besar di dalam longkang dan agak agresif kerana difahamkan reptilia itu cedera selepas ditembak.

“Anggota kami berjaya menenangkan buaya itu selepas menutup matanya dengan kain sebelum mengikatnya di tepi pagar sekolah,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan buaya itu dari longkang kerana terlalu berat.

“JHS hanya akan mengalihkan buaya itu pagi ini,” katanya.

BH Online

PENDUDUK TUNTUT WANG UNTUK SERAHKAN BUAYA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker