COVID-19: Angka kes global 51.2 juta

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 51.2 juta.

Ini berikutan ratusan ribu kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terbaharu Johns Hopkins University

Setakat ini, jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia adalah 51,284,467, dengan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 10,209,870 kes.



Ini diikuti India dengan 8,591,730 kes, manakala Brazil merekodkan 5,675,032 kes.

Negara lain yang turut melepasi angka satu juta kes adalah Perancis, Rusia, Sepanyol, Argentina, United Kingdom dan Colombia manakala Mexico, Peru, Afrika Selatan, Jerman, Iran, Poland, Chile, Iraq dan Belgium termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Ukraine, Indonesia, Belanda, Bangladesh, Filipina, Turki, Arab Saudi dan Pakistan dan sebanyak 25 negara pula merekodkan angka positif COVID-19 dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.

Sementara itu, jumlah kematian di seluruh dunia kini menghampiri 1.3 juta.



Mengikut statistik universiti itu, bilangan kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini berjumlah 1,269,199 kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 239,374, diikuti Brazil dengan 162,628, manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 127,059 dan 95,027 kes.

Bilangan kes kematian di United Kingdom setakat ini sebanyak 49,861 kes, Itali (42,330) dan Perancis (41,049) dan negara yang mencatatkan angka korban melebihi 30,000 ialah Sepanyol, Iran, Peru, Argentina, Colombia dan Rusia.

Dakwaan terima dana RM8.6 juta, NGO buat laporan polis terhadap pemimpin DAP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button