KEMBALI SELEPAS SETAHUN MENYEPI – AZHAR OSMAN DEDAH ALAMI PENYAKIT GERD

“Sepanjang tahun berlawan dengan penyakit GERD bukanlah sesuatu yang mudah, namun keadaan saya semakin baik dan masih lagi proses untuk pulih. Paling kecewa bila hilangn nikmat makan,” kata penyanyi dan pelakon Azhar Osman yang akhirnya muncul kembali selepas lebih setahun menyepi daripada sebarang posting di laman Instagram.

Image_1.jpg

Bagaimanapun, dalam hantaran terbaharunya itu, Azhar yang merupakan bekas duo Azhael bergandingan dengan penyanyi Hael Husaini dalam Akademi Fantasia Musim ke-10 itu memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu juga dia sebenarnya bertarung dengan penyakit gastroesophageal reflux atau GERD.

GERD merupakan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut mengalir masuk ke dalam saluran esofagus. Katanya, permasalahan itu kemungkinan daripada tabiat gemar pemakanan pedas yang diamalkannya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Hantaran tersebut dimuat naik Azhar selepas kali terakhir posting di Instagram dibuat pada 20 Ogos 2019. Pada masa sama, kata Azhar dia turut menasihati agar orang ramai mengurangkan pengambilan makanan pedas.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata mendoakan agar Azhar kembali segera pulih: “Tu laa.. lama tak nampak awak. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.. huhu same la kita geng makan pedas. – “Saya juga pesakit GERD. Adakalanya saya degil makan yang pedas dan masam, lepas tu merana sendiri,” komen sebahagian pengikutnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *