Pelancong berkumpul di puncak Doi Inthanon nikmati cuaca sejuk

Hebahkan !!!

CHIANG MAI, 11 Nov — Pelancong naik ke puncak gunung Doi Inthanon untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit yang menakjubkan pada musim sejuk ini dengan suhu terendah di puncak tersebut pada tujuh darjah Celsius, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Puncak gunung tertinggi di negara ini yang terletak di daerah Chom Thong di Chiang Mai penuh sesak dengan para pelancong ketika cuaca dingin menyelimutinya.

Lokasi pemandangan Kew Mae Pan di puncak gunung adalah tempat paling popular buat pelancong berkumpul untuk melihat matahari terbit dan lautan berkabus yang pertama kali muncul dengan jelas di atas kanopi pokok pada musim sejuk pagi ini.

Kira-kira 1,000 pelancong tiba di sana pada hari bekerja dan sebanyak 5,000 pelawat pada hujung minggu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: