SERTAI MISI BANTUAN KEMANUSIAAN – ARDELL SAYU LIHAT PENDUDUK SABAH

Hebahkan !!!

Pelakon Ardell Aryana, 30, sudah berada di Sabah sejak beberapa hari lalu bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau itu.

Image_1.jpg

Melihat pada perkongsian di Instagram Story (IG), Ardell sangat tersentuh hati melihat keadaan penduduk setempat yang terjejas akibat Covid-19 dan memerlukan bantuan makanan.

Ardell turut meluahkan kesayuan hatinya di saat melihat kesanggupan penduduk menaiki sampan dan ada yang membawa anak kecil beratur untuk mendapatkan bantuan.

“Lihatlah anak yang bergayut di dada maknya. Jika aku mampu berlebih-lebih, pasti aku memberi lebih untuk setiap keluarga. Macam inilah keadaan mereka, tapi mereka bersyukur je sebab dah biasa hidup rumah macam ini atas laut.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Cuma, mereka terkesan tak dapat tangkap ikan untuk jual. Jadi tak ada la sumber makanan untuk beli beras, susu anak mereka,” tulis Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin.

Menurut isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa, dia juga gembira dan bersyukur apabila ramai yang mengirim mesej kepadanya di IG untuk bersama- sama menghulurkan bantuan mereka.

“Ramai yang DM nak bantu, boleh salurkan ke akaun yang saya nyatakan. Tak kisah RM1 pun, saya okay je. Nanti, saya akan gabungkan dengan penderma lain dan sampaikan duit itu berbentuk beras, makanan asas dan susu.

Image_3.jpg

“Hari ini, penyampaian bantuan masih di laut untuk mereka yang lebih memerlukan. Kepada mereka yang DM saya untuk hulurkan bantuan, saya tak dapat balas satu persatu,, tapi awak boleh kongsi rezeki dengan warga Semporna di laut dan darat ke akaun yang di nyatakan,” katanya.

Berikutan masih ramai penduduk di Sabah harus dibantu, mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun 550510970142 (Yayasan Dana Kebajikan Muslim).

Ardell yang pernah membintangi drama ‘Asam Pedas Untuk Dia’ dan ‘Baby Ana Milik Siapa’ itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nadzmi Adwa pada tahun lalu dan kini dikurniakan bayi perempuan, Arwa Malaikha Urwa, berusia lima bulan.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: